5 BAHAN ORGANIK YANG MENYERIKAN WAJAH
BAHAN BAHAN ORGANIK YANG DAPAT MEMBANTU SERIKAN WAJAH ANDA. AMAT BERGUNA UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
Hai sisters! Macam mana keadaan kulit muka hari ni? Masih kusam ke? Oh no! admin tak boleh tinggal diam je kalau macam ni. Sis-sis nak muka yang berseri-seri tak? Jangan tipu admin la cakap tak mau. Hehehe
Admin nampak dekat muka sis tu tau yang sis gila-gila nak muka berseri macam admin. Eh! Tercakap pulak. Hiks.. okaylah, admin drop secret admin untuk dapat kulit berseri macam ni dekat sis-sis semua. Nanti jangan baca je tau, praktiskan sekali.
1. TIMUN SEBAGAI CLEANSER
Sisters-sisters potong buah timun tu halus-halus. Lepas tu, sis kisar guna blender. Jangan lupa tambah sedikit air. Pati timun tu, sis pakai as cleanser muka setiap pagi dan juga malam tau kalau nak hasil yang cepat dan berkesan.
2. TOMATO SEBAGAI TONER
Guna tomato pulak as toner tau sisters. Toner ni benda wajib yang sis-sis kena pakai tiap kali lepas pakai cleanser. Wajib! Senang je cara dia, sis just perlu kisar beberapa biji tomato till dia jadi pes. Lepastu sis boleh la letak dekat muka selama 10 minit. Kalau sis buat hari-hari, percayalah admin habaq ni, confirm berseri-seri kalah kulit janda Senah tu.
3. LEMON SEBAGAI MASKER
Lemon boleh dijadikan sebagai masker tau sisters-sisters sekalian. Senang pulak tu cara nak sediakannya. Sisters-sisters just perlu campurkan perahan lemon dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul sebati 2 bahan tu, then sis pakai kat muka selama 10 minit. Jangan lupa untuk bilas dengan air suam tau. Lakukan sekali atau dua dalam seminggu untuk nampak kesannya.
4. BUNGA MAWAR AS EYECREAM
Sisters-sisters pasti tak tahu kan yang bunga mawar sebenarnya boleh dijadikan sebagai eyecream, betul tak? Disebabkan ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, bunga mawar boleh melembabkan kulit dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata. Sis cuma perlu rendam 8 kelopak bunga mawar dalam 3-4 sudu air selama 2-3 jam sahaja. Then, sis tambah madu dan gaul sebati. Selepas itu, boleh la letak bawah mata dan tempat yang bermasalah selama 15-30 minit.
5. ARGAN OIL SEBAGAI ESSENCE
Mungkin ada sestengah dari sis-sis kat sini dah tahu kehebatan argan oil ni. Tapi admin tetap nak bagitahu lagi jugak supaya sis-sis yang dah tahu tu tak lupa dengan kehebatan argan oil ni.
Argan oil ni mampu boosting kan kelembapan wajah dan dalam masa yang sama menaikkan lagi seri wajah sisters. Tak susah pun nak cari argan oil ni. Just komen "PM" kami akan reply serta-merta, okay?