5 PUNCA DAN CARA ATASI JERAWAT SECARA EFEKTIF
DISEBALIK RAHSIA JERAWAT YANG TUMBUH, MUNGKIN ITU PETANDA AWAL YANG MERBAHAYA.
Antara masalah kulit yang paling tidak disukai oleh wanita adalah jerawat. Apablia kulit muka ditumbuhi jerawat boleh membuatkan wanita rasa tidak selesa dan keyakinan diri akan merudum.
Jerawat bukan sahaja tumbuh pada wajah tapi ada juga kes jerawat menyerang belakang badan dan bahagian tubuh yang lain. Yang pasti anda wajib tahu “restricted area” jerawat dan sebab kenapa tumbuhnya jerawat pada bahagian itu. Jom bongkar rahsia ini dan belajar bagaimana cara mengatasinya.
- Pipi
Biasanya wanita yang mengalami masalah hormon cenderung tumbuh jerawat pada bahagian pipi dan sekitar rahang. Jangan pandang mudah soal ini kerana boleh mengundang masalah kesihatan.
Malah menurut sumber jerawat pada baha
gian tulang pipi baisanya dikaitan dengan sistem pernafasan. Manakala bahagian pipi bawah pula adalah satu petanda masalah gigi dan mulut. Ia juga berkemungkinan disebbkan geseran dengan permukaan telefon bimbit, sarung bantal atau berus make-up.
Cara Atasi :
Dapatkan nasihat doktor, ada kalanya ubat yang diambil menyebabkan hormon tidak seimbang seperti pil
- Zon T Atau Hidung
Cara Atasi:
Pastikan anda menjaga pemakanan, kurangkan pengambilan garam yang berlebihan, pilih sumber protein yang berkualiti, tingkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan serta jauhi alkohol.
- Dahi
Cara Mengatasi:
Tidur awal dan rehatkan tubuh, jika perlu lakukan urutan untuk meredakan tekanan dan banyakkan minum air.
- Dagu
Cara Atasi :
Bincang dengan doktor untuk dapatkan nasihat agar kitaran haid menjadi teratur dengan menggunakan pil perancang atau alternatif lain yang selamat.
- Belakang badan, Peha dan Lengan
Ini tandanya banyak toksin dalam tubuh anda. Kulit menjadi berminyak dan jerawat mudah tumbuh. Bahagian belakang, lengan dan peha juga selalu disebabkan paras turun naik hormon dan genetik. Namun, ia juga berpunca daripada faktor luaran seperti peluh, jenis sabun badan yang digunakan, kesesuaian sabun pencuci baju serta cara menjaga kebersihan diri.
Cara Mengatasi:
Lakukan detoks sama ada mengamalkan minum air putih atau minuman detoks yang dapat membuang toksin. Toksin dan bersukan juga aktiviti yang dapat mengeluarkan toksin daripada tubuh. Jika anda berkulit sensitif jangan lupa menggunakan bahan semulajadi.
P/s: Jom kongsi ilmu ini untuk kawan yang sering ada masalah jerawat.