Enjoy 3 Month Split Payment with 0% Interest, SHOP NOW!

Lipstik Punca Bibir Merekah? Ini Fakta Perlu Anda Ketahui

Lipstik Punca Bibir Merekah? Ini Fakta Perlu Anda Ketahui

Bibir Merekah Disebabkan Lipstik? Baca Fakta di Bawah Ini..

Siapa diantara anda yang mempunyai masalah nak pakai lipstik tapi selalu tak menjadi, selalu merekah, salah siapa? Kadang-kadang nak rasa cantik kita pakai la lipstik. Tapi awal pemakaiannya je okay, lama-lama dah jadi kering dan mula merekah, rasa tak selesa.Adakah salah membeli lipstik atau pun teknik pemakaian kita yang tidak betul?

Dah tergantung dengan 1001 persoalan kan?. Apa sebab lipstik jadi berkerak, merekah macam ni. Bibir tak sesuai ke untuk pakai mana-mana lipstik atau pun salah beli lipstik? Macam-macam persoalan sebenarnya bermain di fikiran kita kan?

Jadi, hari ini semua persoalan akan terungkai anda semua. Ini Fakta! Bukan salah bibir, bukan salah beli lipstik. Sebenarnya salah teknik pemakaian. Haaa nak tahu apa? Jom kita baca info di bawah ini.

1. Bersihkan kawasan bibir
Kedengaran macam over pula ya sampai nak cuci-cuci padahal nak pakai lipstik sahaja. Sebenarnya, langkah ini untuk membuang segala kotoran atau kulit mati yang tertinggal. Hanya ambil tisu basah, gosok dan lapkan pada bibir.


2. Lembabkan bibir
Setelah itu, sapukan bibir dengan pelembab bibir/lip balm atau apa sahaja jenis pelembab. Pastikan tidak menyapu pelembab dengan banyak.


3. Guna primer atau bedak asas (optional)
Seterusnya, untuk lipstik yang tahan lama anda boleh sapukan produk primer untuk bibir atau bedak asas. Ingat, hanya sapuan nipis tidak perlu berlebih!


4. Jangan apply terlalu tebal
Ini tabiat yang biasa kita semua buat, apply lipstik terlalu tebal dan akhirnya lipstik jadi berkerak. Amalkan sapuan nipis dan menyeluruh pada bibir. Tak perlu tebal-tebal, biar ia tampak semulajadi, baru cantik! 


5. Tambah lapisan baru
Elakkan dari menambah lapisan lipstik yang baharu tanpa membersihkan lapisan yang lama. Jika tidak, lipstik dan bibir mengelupas kerana terlalu tebal. Bersihkan lipstik lama, baru apply yang baharu. Penting sekali untuk tidak tambah lipstik pada bibir yang kering, pastikan bibir sedikit lembab untuk sapuan yang licin sempurna.
Amacam lega tak ? Dah tahu sekarang apa puncanya? Jadi, lepasni boleh lah kita praktikkan teknik pemakaian yang betul kerana ia akan membawa kesan kepada bibir kita. Selamat mencuba dan selamat jadi cantik !

What are you looking for?

Argania Lip Matte Lightweight Formula 3.2ml

Someone liked and Bought

Argania Lip Matte Lightweight Formula 3.2ml

10 Minutes Ago From

Your cart